Rabu, 26 April 2017

Soaljawab Mengenai Menu Harian Bagi Pesakit Diabetes Mengikut Pakar Nutrisi Di Hospital Kuala Lumpur: Part 1

Assalamualaikum wbt.



Alhamdulillah, setelah dua tahun berhempas pulas, tanggal 5 November 2016 merupakan hari paling manis buat Kak Mas. Hari Konvokesyen yang di tunggu- tunggu. Sungguh tidak ku sangka, Allah permudahkan segalanya walaupun pada mulanya, di lihat ianya agak mencabar. Fuh, lega yang amat. Syukur.


Kak Mas menyambung Master di UKM dalam jurusan Sains Kesihatan iaitu Pendidikan Kesihatan. Jurusan ini sangat bagus. Ianya sebenarnya adalah kursus kolaborasi di antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan pihak UKM. Majoriti batch kami terdiri daripada pegawai kerajaan iaitu Pegawai Pendidikan Kesihatan atau Health Education Officer (HEO) yang mengikuti kursus jangka masa panjang untuk mereka disahkan jawatan.



Banyak yang telah Kak Mas pelajari. Sedikit sebanyak ianya membuka mata dan minda kita mengenai bagaimana mendidik masyarakat untuk mengubah cara hidup yang lebih sihat. Semasa dalam pembelajaran, kami telah menjalani latihan industri di beberapa hospital di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.




Kak Mas dan enam orang sahabat lain ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur di bawah Unit Pendidikan Kesihatan. Ada pelbagai program yang dianjurkan oleh unit ini termasuklah mengadakan kelas pendidikan pesakit buat pesakit- pesakit Diabetes dan sebagainya.



Dipendekkan cerita. Di ruangan ini, Kak Mas mahu berkongsi perkara yang sangat penting buat pesakit Diabetes di luar sana. Penting untuk setiap pesakit Diabetes atau kencing manis bahawa tidak ada ubat alternatif yang mampu merawat penyakit ini. Akan tetapi, ianya mampu dikawal sekiranya kita tahu caranya.


Terdapat tiga komponen utama dalam pengurusan Diabetes atau kencing manis ini iaitu pemakanan, ubatan dan senaman. Inshaa Allah dalam ruangan ini, Kak Mas kongsikan komponen pertama dahulu iaitu pemakanan. Untuk bab pemakanan, amat penting bagi pesakit diabetes mengawal kadar gula yang diambil setiap hari.


Menurut pakar nutrisi, pesakit Diabetes perlu mengambil gula dalam satu sudu makan sahaja dalam sehari. Ulang suara, satu sudu makan ya, bukan satu cawan. Jadi sekiranya kalian minum manis, setengah sudu teh gula untuk minum pagi dan setengah sudu teh gula untuk minum petang.

1. Bilakah masa yang sesuai untuk makan?


Kebiasaannya ada tiga makanan utama iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam. Diselangi dengan 2 hidangan minum pagi dan minum petang.


2. Bolehkah makan nasi lemak, mihun goreng atau nasi goreng sebagai menu sarapan pagi?

Boleh. Akan tetapi, kuantiti yang disarankan hanya 1 cawan sahaja. Contohnya, nasi lemak 50sen. Tidak boleh bertambah.



3. Bolehkah makan roti canai sebagai menu sarapan?


Boleh. Akan tetapi, sebulan hanya sekali sahaja iaitu sekeping roti canai untuk satu bulan. Ini kerana sekeping roti canai mengandungi 5 sudu besar minyak iaitu tinggi kadar kalori.



4. Bagaimana pula dengan capati, roti naan atau tosai? Bukankah ianya mengandungi kurang kalori daripada roti canai?


Boleh. Untuk tiga jenis roti ini, kalian boleh menikmatinya satu keping satu hari sahaja.



5. Antara roti putih dan roti 'wholemeal'?


Pilih roti wholemeal. Tengok kepada kadar glisemik indeks yang rendah. Kadar yang dibenarkan hanyalah satu atau dua keping sehari.

6. Mokcik teringin nak makan kuih Melayu, bolehkah?

Boleh. Akan tetapi, kena pilih kuih yang jenis goreng dan kukus sahaja. Sekali makan, 2 kuih sahaja yang dibolehkan, satu jenis goreng dan satu jenis kukus. Tidak boleh keduanya dari jenis goreng. Contoh kuih seperti, karipap, pulut panggang dan sebagainya. Kuih talam dan seumpamanya amatlah tidak digalakkan.

7. Apakah menu yang sesuai untuk minum pagi?

Kebiasaannya minum pagi digalakkan di ambil sekitar pukul 10 pagi. Cukup hanya 2 keping roti gandum atau 1 jenis kuih sahaja atau 3 keping biskut. Teh atau kopi dibenarkan tapi kuantiti gula perlu diambil kira. Ingat, 1 sudu teh gula sehari sahaja.

Justeru, jaga pemakanan, patuhi regimen ubatan yang diberikan dan bersenam mengikut kesesuaian dan keupayaan sendiri. Di samping itu, adalah tidak salah mencari alternatif lain tetapi 3 perkara penting ini harus diUTAMAkan.

Sekiranya kalian mencari supplemen alternatif untuk Diabetes, pilihlah dengan bijak. Mertua Kak Mas pun seorang pesakit Diabetes yang mengamalkan Vivix Shaklee sebagai alternatif untuk menstabilkan paras gula dalam darah beliau. Alhamdulillah kadar gula beliau agak stabil.

Mari kita lihat perkongsian pesakit Diabetes yang lain mengenai Vivix Shaklee.

#Testimoni 1:


#Testimoni 2:


#Testimoni 3:


#Testimoni 4:


#Testimoni 5:




Sekiranya berminat untuk mencuba minuman botanikal Vivix, boleh saja menghubungi Kak Mas di talian 013.634.1955.


Sebotol Vivix yang mengandungi 150ml dirumuskan khas daripada anggur Muscadine, lobak ungu, elderberry dan knotweed jepun. Penggunaan selama 1 bulan setengah sehingga 2 bulan. Harga sebotol RM475. Lebih jimat sekiranya kalian membeli Twinpacks Vivix yang menjanjikan keahlian Percuma, kos pos percuma dan cash rebate untuk bulan yang akan datang.

Konsultasi terbaik buat kalian. Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat buat semua. In shaa Allah Kak Mas akan kongsi pula cara memilih buah buat pesakit Diabetes di entri seterusnya.

Sekian. Salam Sayang,


ibum3m
Pengedar Shaklee Shah Alam dan Hulu Langat.

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...